"DIPERCAYAI LEBIH 1000 PELANGGAN SEJAK 2012"

Khidmat Penghantaran Kenderaan Yang Dipercayai

Roda Mutlak menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan merentas Laut China Selatan. Kami berpengalaman lebih 4 tahun dalam mengendalikan penghantaran kenderaan antara Pelabuhan Klang, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekiranya anda ingin menghantar kenderaan anda dengan selamat dan pantas, kamilah syarikat yang anda cari.

Kenderaan anda akan dihantar dengan menggunakan khidmat kapal RORO yang terbukti selamat dan efisyen. Krew-krew kami yang terlatih akan memastikan kenderaan anda tiba ke destinasi yang dituju pada masa yang dijanjikan. Kami percaya perkhidmatan berkualiti boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Kami berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai penghantaran seperti motosikal, kereta, MPV, SUV, jentera industri dan lain-lain. Sejak 2012, kami dengan bangganya telah menjadi syarikat pilihan lebih 1000 pelanggan untuk penghantaran kenderaan.

Penggunaan khidmat kapal roll-on roll-off (RORO) adalah kaedah terbaik untuk menghantar kenderaan anda menggunakan laluan laut. Kaedah ini terbukti lebih menjimatkan dan lebih cepat berbanding penghantaran menggunakan kontena. Setiap kenderaan yang dihantar akan dikendalikan dengan cermat oleh krew yang terlatih.

Keselamatan kenderaan yang dihantar lebih terjamin dengan mengaplikasikan teknologi logistik tercanggih. Kamera litar tertutup (CCTV) di dalam ruangan kargo dipantau sepanjang masa untuk memastikan penghantaran yang lancar dan dipercayai.

Roda Mutlak hanya menggunakan khidmat kapal RORO yang berprestij seperti MV Zarah Sofia dan MV Grand Vision bagi menjamin kualiti perkhidmatan kami.

Lebih 1000 pelanggan kami telah membuat pilihan yang bijak!

Perkhidmatan Kami

Port-to-Port

Hantarkan kenderaan anda ke pelabuhan dan Roda Mutlak akan menghantar kenderaan ke pelabuhan yang dituju. Cepat dan selamat.

Door-to-Port

Terlalu sibuk? Terlalu jauh? Biar kami bawakan kenderaan anda dari lokasi anda ke pelabuhan yang anda pilih.

Port-to-Door

Roda Mutlak juga boleh menghantar kenderaan anda ke destinasi / alamat yang anda mahukan.

Door-to-Door

Roda Mutlak boleh mengambil kenderaan anda di lokasi yang ditetapkan dan menghantarnya terus ke alamat yang anda mahukan.

Kenapa Pilih Roda Mutlak?

Selamat
Kami memastikan kualiti perkhidmatan kami sentiasa di tahap terbaik demi keselamatan kenderaan yang dihantar
Pantas
Perkhidmatan pantas kami menjimatkan masa dan memastikan kenderaan anda tiba ke destinasi tepat pada masanya
Mudah
Hanya tempah tarikh penghantaran dan sediakan dokumen yang diperlukan, kami uruskan yang lain

Testimoni

Terima kasih banyak. Saya berpuas hati dengan servis Roda Mutlak.

Faiz Syazani Kuching, Sarawak

Terima kasih atas servis yang terbaik. Lain kali saya pasti guna lagi.

Fiorina Kota Kinabalu, Sabah

Motosikal selamat sampai. Servis terbaik. Saya akan bagitahu kawan-kawan yang lain.

Ferron Kota Kinabalu, Sabah

Motosikal saya sampai dengan selamat. Servis terbaik, mudah dan cepat.

Khairul Sungai Petani, Kedah

Motosikal saya sampai tanpa masalah. Terima kasih atas pengurusan yang baik.

Al Baha Kota Kinabalu, Sabah
Lebih banyak testimoni