Profil Roda Mutlak Resources

Roda Mutlak Resources komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda

Roda Mutlak ResourcesRoda Mutlak Resources (SA0336953-W) adalah syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat kami memiliki pengalaman selama lebih 9 tahun dalam menguruskan penghantaran kenderaan di antara Semenanjung Malaysia (Pelabuhan Klang) dan Borneo (Sabah & Sarawak). Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kenderaan menggunakan trailer ke destinasi yang lain seperti Miri, Sibu, Bintulu, Sandakan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2012, kami telah berjaya menghantarkan labih 5000 buah kenderaan merentasi Laut China Selatan. Kami amat berbangga dengan pencapaian dan kepercayaan pelanggan kami. Oleh itu, kami sentiasa memastikan mutu perkhidmatan kami berada pada tahap yang terbaik. Kualiti kerja krew-krew logistik kami sentiasa dipantau dengan teliti demi memastikan setiap pelanggan berpuas hati.

Sebagai sebuah syarikat yang profesional, Roda Mutlak sentiasa bersiap siaga untuk menguruskan setiap tempahan penghantaran seperti yang dimahukan oleh pelanggan. Kami berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis kenderaan termasuk:

  • Motosikal
  • Kereta
  • Multi-purpose vehicle (MPV)
  • Suburban utility vehicle (SUV)
  • Four-wheel drive (4WD)
  • Jentera industri berat

Roda Mutlak menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kos penghantaran yang berpatutan. Tempah penghantaran kenderaan anda hari ini. Kami jamin anda pasti berpuas hati.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-290 3672, 017-242 8373 atau klik di sini.

Apa Kata Pelanggan Kami?